5/04/2009



Azan Ruffedge:
"Buang Masa Buat Album, Hidup Susah"

Setelah lebih sedekad berbakti untuk industri muzik tempatan, Azan Addin (Ruffedge) tidak mahu lagi hidup miskin. Dia nak “buat duit”.“Kos kehidupan kian meningkat dan seperti ramai orang, artis juga perlu menanggung keluarga, anak. Melainkan dia ada kerja tetap. Sudah 11 tahun saya berkecimpung di dalam industri muzik dan hidup susah. Sekarang masa untuk saya tuntut balik apa yang telah saya usahakan selama ini.
“Seni itu sesuatu yang bernilai. Artis luar negara dibayar dengan baik, setimpal dengan bakat mereka berlainan dengan artis tempatan. Orang pertama yang membuka mata kami kepada idea yang Ruffedge itu satu jenama yang boleh diniagakan adalah Ahmad Idham Omar.”Seperti kebanyakan rakan artis lain, Azan tidak lagi mahu “buang masa” pada pengeluaran album yang hanya merugikannya apabila melihat pada sambutan album yang semakin berkurangan. Sebaliknya, dia ingin menumpukan pada pembikinan single dan download sahaja.Baru-baru ini, Ruffedge telah mengeluarkan dua single - “Jangan Berhenti” dan “Rintihan Pengemis”. Kedua-dua single itu diriliskan tanpa promosi untuk putaran di radio sahaja bagi melihat sambutan pendengar. Itu adalah karya terakhir mereka dibawah EMI sebelum syarikat rakaman itu ditutup. Menurut Azan, “Jangan Berhenti” berjaya ke No. 6 dalam Carta Hot FM membuktikan Ruffedge masih ada peminatnya.“InsyaAllah kami akan mula membuat rakaman untuk single baru tidak lama lagi dan kali ini kami akan promosikannya secara luas. Dan selepas EMI Malaysia ditutup, kami kini boleh dikirakan sebagai artis independent, jadi semuanya akan dilakukan sendiri.”




Peranan sebagai anggota Ruffedge tidak akan diketepikan
INDUSTRI nyanyian yang kurang memberangsangkan mendorong ramai penyanyi mencari alternatif untuk mengukuhkan taraf ekonomi mereka tanpa terlalu bergantung kepada nyanyian semata-mata.
Kelembapan dunia muzik begitu ketara apabila kebanyakan penyanyi lebih selesa memilih untuk tidak menghasilkan album penuh kerana bimbang penjualan album mereka tidak mampu balik modal.
Pelbagai cara dilakukan untuk meningkatkan taraf ekonomi. Jika kebanyakan artis cenderung kepada perniagaan makanan, anggota Ruffedge, Azan Addin pula memilih cabang berbeza namun mempunyai kena mengena dengan kerjaya nyanyian apabila memilih perniagaan pakaian.
Hubungan baik dengan pengasas pakaian hip hop jenama Echo Park juga memberi kelebihan kepada Azan apabila mendapat kepercayaan pemiliknya Alex Yong untuk membuka cawangan francais jenama berkenaan. Cawangan yang terletak di SACC Mall, Shah Alam adalah cawangan ke 12, Echo Park di seluruh Malaysia.
“Perkenalan kami bermula pada 2002 apabila Echo Park menjadi penaja pakaian Ruffedge. Ia kemudian disusuli dengan usaha sama menghasilkan jenama pakaian Ruffluv. Tahun lalu, saya terfikir kenapa tidak manfaatkan hubungan baik dengan Alex itu untuk menceburi bidang perniagaan pakaian yang ada kena mengena dengan kerjaya nyanyian saya.
“Selepas perbincangan dengan Alex serta abang ipar saya yang juga rakan kongsi dalam perniagaan ini, kami kemudian sepakat mengusahakan francais jenama Echo Park.
“Saya rasa tak salah ceburi perniagaan pakaian asalkan ia masih lagi ada kena mengena dengan kerjaya saya. Sebelum ini pun saya pernah melukis komik dan seni reka. Ada juga beberapa idea unik lain sedang saya fikirkan tetapi masih lagi dalam perancangan. Saya juga yakin keadaan ekonomi sekarang tidak akan menjejaskan perniagaan saya kerana satu hari nanti ia akan pulih juga,” katanya yang ditemui selepas pelancaran butiknya Sabtu lalu.
Antara artis yang hadir memeriahkan acara pada petang itu ialah kumpulan Ruffedge, Private Whizz, Rosin, Sheila OIAM, Altimate, Radhi OAG dan ramai lagi.
Menurut Azan lagi, keyakinan untuk terbabit di dalam perniagaan itu juga didorong oleh semangat diberikan oleh Ahmad Izham Omar kepadanya.
“Ahmad Izham memberi keyakinan bahawa Ruffedge sudah menjadi satu jenama yang sudah dikenali. Kami sudah berada dalam industri ini selama 11 tahun dan mempunyai pengikut yang tersendiri.
“Selama tempoh itu, Ruffedge belum pernah pudar lagi di mata peminat. Jadi inilah masanya untuk kami menuai hasil yang disemai selama ini,” kata Azan lagi.
Memilih Shah Alam untuk memulakan perniagaannya, Azan berkata dia memilih lokasi berkenaan kerana kedudukannya yang terletak di tengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Klang yang akan memudahkan peminat jenama untuk mendapatkan Echo Park tanpa perlu meredah kesesakan jalan raya untuk ke ibu negara.
Walaupun kini komitmen Azan bertambah apabila bergelar usahawan pula, namun dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya selaku anggota Ruffedge yang kini dimantapkan dengan kehadiran dua anggota baru Nine dan Iwan serta anggota sedia ada Zain.
Bagaimanapun, Ruffedge yang kini tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman tidak berhasrat untuk menghasilkan album penuh. Sebaliknya Ruffedge turut mengguna pakai kaedah yang popular ketika ini iaitu dengan mempertaruhkan single terlebih dulu. Kumpulan itu baru saja muncul dengan dua single Jangan Berhenti dan Rintihan Pengemis serta bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
Biarpun tidak melakukan promosi untuk dua lagu berkenaan, Azan berkata reaksi yang diterima daripada peminat amat menggalakkan dan akan melakukan promosi yang rancak sempena kemunculan single terbaru Ruffedge nanti.

azan tauke kedai baju
azan Tauke Kedai Baju Sebelas tahun mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sebagai anak seni telah menyedarkan Azan pentingnya untuk mempunyai ‘back-up plan’. Walaupun hasil dari nyanyian tidak seberapa, sekurang-kurangnya pendapatan dari bisnesnya dapat juga menyara hidup keluarga.

Dengan pembukaan kedai fesyennya, Echo Park, di SACC Mall, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Azan kini ingin mencipta nama sebagai seorang usahawan. Bersama abang ipar yang juga rakan kongsinya, mereka telah membeli francais untuk Echo Park dari pengasasnya, Alex Yong, kawan lama Azan. Echo Park pernah menaja pakaian Ruffedge untuk album mereka, ‘Extreme Pleasure’. Kerjasama itu dilanjutkan dengan keluaran koleksi pakaian Ruffluv Clothing.“Jadi, apabila timbul idea untuk membuat bisnes, saya teringat pada Alex. Alex telah menempa satu kejayaan apabila dia berjaya mempromosikan satu koleksi ‘streetwear’ yang terkenal dengan kualitinya. Harganya pun berpatutan.



Di dalam perancangan Azan, akan di hasilkan koleksi streetwear rekaannya sendiri, yang menurut Alex akan di jual di semua cawangan Echo Park.“Saya tahu ekonomi sekarang ini tidak berapa memberangsangkan tetapi ia akan naik juga satu hari nanti. Kalau kita melihat pada orang-orang dulu, tak masuk pun ekonomi dunia. Bagi mereka, ekonomi turun atau naik, niaga tetap niaga,” kata Azan.“InsyaAllah selepas ini saya nak menceburi bidang makanan pula kerana bagi saya budaya hip-hop merangkumi muzik, pakaian dan makanan. Sebenarnya, ada banyak lagi di dalam perancangan saya rancangan-rancangan unik. Tunggu dan lihat.”




ruffluv crew


baju2 echo park.